Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saya tidak akan rayu keputusan UMNO – Annuar -

Saya tidak akan rayu keputusan UMNO – Annuar

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan beliau tidak akan merayu keputusan parti itu melucutkan keahliannya pada minggu lalu.

Annuar mengesahkan beliau sudah menerima surat pemecatannya itu daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Isnin lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, surat terbabit hanya memaklumkan seksyen berkaitan pemecatan berkenaan tanpa menyatakan secara khusus sebab keputusan itu diambil terhadapnya.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau sudah menjawab surat itu, dua hari lalu, yang ditujukan terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan UMNO mengesahkan Annuar ialah antara tiga pemimpin akar umbi parti itu yang dipecat keahlian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Khamis lalu.

Ahmad dipetik berkata, MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut Fasal 10.6 perlembagaan yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya. Ia termasuk jika seseorang ahli UMNO itu terbukti melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti serta perkara mengenai tataetika ahli.

Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.