Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Beri tuala wanita kepada golongan sasar, bukan pejabat kerajaan sahaja, kata Nancy -

Beri tuala wanita kepada golongan sasar, bukan pejabat kerajaan sahaja, kata Nancy

BANTUAN tuala wanita oleh kerajaan sepatutnya diberikan kepada golongan sasar yang sangat memerlukan keperluan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya menawarkan tuala wanita di kementerian atau pejabat kerajaan semata-mata.

“Kita sokong untuk membantu rakyat. Sasaran adalah (golongan) B40, orang susah sampai ke tempat Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis, di Kuala Lumpur, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya akan mula menyediakan tuala wanita percuma bermula di ibu pejabat Kementerian Kesihatan dalam menangani kemiskinan haid.

Katanya, inisiatif itu bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

Mengulas lanjut perkara itu, Nancy berkata, inisiatif diambil Kementerian Kesihatan perlu melangkaui kawasan pejabat semata-mata.

“Kalau di pejabat itu mungkin mekanisme agak susah kita nak kata ini orang B40 kan? Kalau pejabat melainkan orang luar datang untuk guna,” katanya, lapor FMT.

Katanya, pihaknya bagaimanapun akan menumpukan kepada memberi mendidik remaja mengenai perkara itu.

Inisiatif Zaliha itu mengundang kritikan daripada warganet termasuk Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, yang menyatakan bantuan tuala wanita percuma perlu disalurkan kepada golongan lebih memerlukan.