“Menang tak megah! Kalah tak rebah!” – Calon PN Tioman

0
327

TIDAK sampai beberapa jam diumumkan tewas tipis pada Pilihan Raya Negeri kerusi Dewan Undangan Negeri, calon Perikatan Nasional, Nor Idayu Hashim memperlihatkan perwatakan pemimpin yang ikhlas apabila terus mengeluarkan kenyataan penghargaan kepada penyokong dan petugas jentera yang bertungkus-lumus sepanjang berkempen baru-baru ini.

Menginsafi kekalahan, namun Nor Idayu terus mengajak penyokong istiqomah untuk memenangkan Islam pada pilihan raya akan datang.

Nor Idayu tewas tipis dengan majoriti 573 undi kepada calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang memperoleh 8,080 undi manakala Nor Idayu mendapat 7,507 undi.

“MENANG tak megah! Kalah tak rebah!”. Itu antara sebahagian ucapan penghargaan Nur Idayu malam tadi.

Berikut kenyataan penuh Nor Idayu yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau.

ASSALAMUALAIKUM WBT

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas yang telah bekerja keras untuk memenangkan Islam dalam pilihanraya memenangkan PERIKATAN NASIONAL pada PRK ini.

Saya mohon maaf sekiranya ada kekhilafan diri saya sepanjang tempoh berkempen kepada semua petugas.

Semoga Allah terima segala amal kita semua dan diberkati Allah.
Kekalkan momentum kita untuk menangkan Islam dan moga terus istiqomah dalam perjuangan ini.

Menang tak megah! Kalah tak rebah!

TAKBIR!!!

IKHLAS DARI:
NOR IDAYU BINTI HASHIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here