Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa sempat minta tolong, terkapai-kapai sebelum lemas -

Mangsa sempat minta tolong, terkapai-kapai sebelum lemas

SEORANG lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan lemas di sungai berhampiran Pandamaran Jaya, Klang, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.34 pagi daripada seorang individu yang memberitahu ternampak seorang lelaki terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam di sungai berkenaan.

Beliau berkata sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) kemudian melakukan selaman di dasar sungai dan berjaya menemukan mangsa.

“Mangsa dibawa ke darat sebelum pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Norazam berkata pihak polis juga tidak menjumpai sebarang identiti pada mangsa.

— BERNAMA