30 Ahli Parlimen BN dititah menghadap Agong esok

0
289

YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap baginda esok.

Menurut kenyataan Istana Negara, sesi menghadap itu bagi membolehkan Agong buat keputusan melantik Perdana Menteri ke-10.

“Proses ini adalah bertujuan supaya Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu, pada petang Selasa.

Dalam pada itu Agong menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here