Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
22 daerah di 6 negeri berisiko dilanda banjir - JPS -

22 daerah di 6 negeri berisiko dilanda banjir – JPS

SEBANYAK 22 daerah di enam negeri berisiko dilanda banjir dalam tempoh 12 jam bermula jam 3 petang Sabtu.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dapatan itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Berdasarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat oleh JPS, sebanyak lima daerah tersenarai di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, dan Sepang. Manakala di Johor, daerah yang berisiko dilanda banjir kilat adalah Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi.

Berikut senarai penuh lokasi yang berisiko dilanda banjir kilat oleh JPS:

Selangor: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang

Johor: Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi

Kedah: Kota Setar, Kuala Muda, Yan

Terengganu: Dungun

Sabah: Papar, Tuaran

Sarawak: Kuching, Lundu, Samarahan, Asiajaya, Sebuyau, Sundar, Trusan