Zamani dibenarkan pulang 

0
889

PENYANYI Zamani Slam, 51, dibenarkan keluar hospital hari ini selepas tiga hari menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani menerusi kiriman WhatsApp kepada media.


“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, team operation (pasukan pembedahan) dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya lapor Harian Metro.

Juliana turut memaklumkan perkembangan terbaru dan video berkenaan Zamani boleh diikuti menerusi Instagram @mrsj_zamani. 

kredit : MK Media

Terdahulu, khabar berkenaan perkembangan Zamani dikongsikan oleh Juliana kepada bekas pengurus kumpulan Slam iaitu Johan Aziz pada malam pembedahan suaminya. 

Dia memaklumkan keadaan terkini Zamani selepas menjalani pembedahan di mana suaminya sudah pun sedar dan meminta minuman daripada doktor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here