Tawaran PN-BEST berpijak di bumi nyata – Dr. Sara

0
276

TAWARAN Perikatan Nasional (PN-BEST) yang berteraskan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran bukan sahaja realistik, tetapi sesuai dengan kapasiti dan kemampuan negara.

Penganalisis politik dan media sosial, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, rakyat harus membuat perbandingan yang terbaik di dalam menilai manifesto semua parti politik sama ada ianya benar-benar praktikal atau hanya menjanjikan bulan bintang.

“Apabila dianalisa dengan teliti, manisfesto PN dilihat adil dan saksama dari segi penyambungan dasar-dasar yang dibuat ketika pemerintahan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin memegang jawatan itu yang berpengalaman menangani krisis kesihatan pandemik Covid-19, krisis ekonomi dan krisis politik.

“Tambah lagi pengalaman beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah banyak membantu mengeluarkan tawaran manifesto yang mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara penting,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Sara, walaupun PN sebuah parti baharu, satu kelebihan besar tawaran PN berbanding manifesto parti lain ialah kebanyakan janji manifestonya adalah hasil kesinambungan yang dibuat selama ini sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan PH pada waktu krisis pandemik COVID-19.

“Kejayaan PN dalam Program Immunisasi Kebangsaan adalah satu fakta yang tidak boleh dielak dan harus diterima umum. Ini kerana hari ini kita bersiap sedia berhadapan dengan PRU-15 dengan kesihatan yang baik adalah hasil program immuninasi yang mencapai 100%, menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Timur yang mendapat bekalan vaksin pertama berbanding Australia,” Jelasnya.

Selain itu, sejak penubuhan MPN dibawah kendalian Muhyiddin, sebanyak 95 keputusan dikemukakan kepada kerajaan dengan 69 berkaitan isu ekonomi dan sosial menekankan isu kos sara hidup.

“Manisfesto PN mampu direalisasikan berikutan ‘track record’ status perkembangan setiap sektor yang diperhatikan dan dinilai selama ini menerusi Majlis Pemulihan Negara. Tawaran PN juga lebih jelas dan relevan yang mana menjadi keperluan utama rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan.

“Tidak terkecuali isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan. Kejayaan Majlis Pekerjaan Negara yang tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021 diakhiri dengan 558,000 peluang pekerjaan adalah fakta yang harus diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sara turut menegaskan Tawaran PN-BEST turut menekankan isu integriti yang tidak banyak disentuh oleh parti lain bagi memastikan kerajaan yang lebih telus, bersih dan bebas rasuah.

“Perikatan Nasional mempunyai ‘track recordd’ kejayaaan di dalam menghapuskan elemen rasuah di mana beberapa kes mahkamah berjaya dilaksanakan tanpa campurtangan mana-mana pihak

“Lanjutan manifesto mewujudkan Pelan Anti-Rasuah Nasional, Mahkamah Anti-Rasuah, larangan sumbangan dana politik luar negara menjadikan tadbir urus kukuh, menangani rasuah satu perkara yang harus disambut bersama,” katanya -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here