PRU-15: Calon, penyokong PN Parlimen Larut, DUN solat hajat calon

0
240

KEM Perikatan Nasional (PN) melaksanakan solat hajat di dewan terbuka Tapak Pasar Malam Pekan Selama, di sini, pada jam 8.23 pagi tadi sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Selama.

Dalam solat hajat itu kelihatan ke empat-empat calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen PN iaitu Mohd Akmal Kamarudin (Selama), Khalil Yahya (Kubu Gajah), Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz (Batu Kurau) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) menyertai solat hajat yang disertai kira-kira 500 penyokong lapor BH Online.

Kesemua calon termasuk dari PN, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Pejuang dan calon Bebas, dilihat serentak memasuki pekarangan pusat penamaan calon pada jam 9 pagi melalui pintu utama dan pintu belakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here