Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah -

Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM.

Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.

“PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hari ini, media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna.

— BERNAMA