[VIDEO] ‘Air terjun’ tangki pecah rosakkan enam kenderaan di Sepang

0
450

SEBUAH tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas di sini pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

Kejadian itu bagaimanapun, tidak melibatkan kemalangan jiwa, sebaliknya hanya kerosakan harta benda dan mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi tuntutan insurans, katanya.

“Bantuan lori air bersih dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Semalam, tular di media sosial kejadian ‘air terjun’ akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di taman berkenaan.

Video berdurasi hampir empat minit itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang diletakkan di perkarangan bangunan terkena curahan air deras dari tangki pecah itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here