Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buaya ditangkap dalam longkang taman permainan -

Buaya ditangkap dalam longkang taman permainan

BUAYA sepanjang kira-kira 3m ditemui di dalam longkang di kawasan taman permainan di Taman Serambi, Petra Jaya Kuching, Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kemunculan buaya itu disedari penduduk sebelum melaporkan kepada bomba.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.16 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat seekor buaya berada di dalam longkang di taman permainan berkenaan.

“Anggota bomba berjaya mengikat mulut buaya itu bagi mengelak risiko tindakan agresif reptilia terbabit,” katanya dalam kenyataan, lapor FMT.

Menurut beliau, buaya itu diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, buaya itu dipercayai datang dari sungai berdekatan dan tersesat sehingga ke taman permainan di kawasan perumahan itu.