[VIDEO] PN akan bertanding kesemua 24 kawasan Parlimen di Perak – Muhyiddin

0
821

PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding di kesemua 24 kawasan Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak mana kawasan Parlimen, sebanyak itu juga parti itu akan bertanding.

“Parlimen (di Perak) kita ada 24 kawasan, kita akan bertanding di 24 kawasan.

“Sebanyak mana kawasan parlimen, sebanyak itu juga kita akan bertanding,” katanya ketika sidang media di Pejabat PN Perak di Ipoh, Perak, pada Ahad.

Tambah beliau, keputusan pembahagian kerusi akan diputuskan tidak lama lagi antara parti-parti komponen di dalam parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat kawasan tertentu yang tidak perlu bertanding, ia akan diputuskan kemudian.

“Pasal nanti kita akan putuskan pembahagian kerusi antara parti-parti, kalau ikut kiraan kasar memang ada 24 (Parlimen).

“Sama ada ada kawasan tertentu yang kita fikir tidak bertanding kita akan putuskan kemudian,” kata beliau yang juga Presiden BERSATU. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here