Mengaku salah di mahkamah, sikap ‘gentleman’ Zul Ariffin dapat pujian

MESKIPUN sebelum ini dikecam selepas memuat naik video berunsur sumbang, kini pelakon terkenal Zul Ariffin dibanjiri pujian daripada warganet.

Ia susulan pelakon filem Misteri Dilaila itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, sehingga didenda RM30,000 di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Tinjauan SatuBerita di media sosial mendapati tindakan pelakon terkenal itu mengaku bersalah dianggap ‘gentleman’ oleh orang ramai.

“Ini baru ‘gentleman’ (budiman) bro! Berani kerana benar, mengaku sahaja terus, terbaik Zul Ariffin,” kata Kyrol KZ di Facebook.

Pengguna Azmi Ismail tampil memuji tindakan berani Zul Ariffin yang tidak membuang masa dan tenaga dalam menegakkan benang yang basah.

Komen netizen memuji sikap budiman Zul Ariffin

“Terima kasih mengaku bersalah langkah yang merendah diri, tidak ego, tak upah peguam. Ambil ini sebagai pengajaran buat diri, bertaubat dan berubah. Allah Maha Pengampun. Kita manusia yang lemah tidak lari dari kekhilafan,” jelasnya.

Hamdan Ibrahim menyifatkan pelakon terkenal itu sebagai seorang yang jujur dan berpendapat sebagai manusia biasa kesilapan tidak boleh dielak.

“Kejujuran adalah polisi terbaik. Alhamdulillah, dia jujur dalam mahkamah mengaku salah dan bayar denda yang tinggi kerana kesilapan beliau . Tak ada manusia yang maksum dan tidak buat kesilapan,” katanya.

Selain itu, KZ KayZack berpendapat pengakuan tersebut memudahkan ‘kerja’ semua pihak dalam pengurusan kes tersebut.

“Mudah kerja semua orang, tidak susahkan diri sendiri dan pihak lain untuk pergi balik mahkamah.

“Tak perlu juga pihak media dan wartawan kemaruk nak penuhkan berita, netizen pun tak perlu sakit kepala dan meluat melayan cerita yang sama,” katanya. -SB

Komen KZ KayZack panjang lebar mengenai kebaikan Zul Ariffin dalam pengakuan kes tersebut