Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat -

Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat

SERAMAI 29 penumpang termasuk pemandu bas persiaran nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Kilometer 60, Arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan pada pukul 3.25 petang.

“Seramai 18 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Alor Setar dan Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi mendapati kebanyakan mangsa telah berada di luar bas selepas dibantu orang awam.

“Pemeriksaan dilakukan anggota mendapati 11 mangsa mengalami kecederaan dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Manakala 18 mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

Katanya, bas persiaran itu dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju Kampar, Perak.