Berang disaman, lelaki serang penguat kuasa wanita

0
92

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki menyerang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota penguat kuasa wanita selepas tidak berpuas hati dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata laporan polis dibuat oleh pengadu yang berusia 24 tahun pada jam 5.30 petang, Isnin lalu.

Katanya, dalam kejadian 9.30 pagi hari sama, pengadu sedang menjalankan tugas di kawasan Petaling Utama, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, sebelum didatangi seorang lelaki yang kemudian menyerang dan memaki hamunnya dengan perkataan kesat.

“Suspek dipercayai tidak berpuas hati selepas dikenakan tindakan saman lalu lintas oleh pengadu.

“Susulan aduan pengadu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan lelaki tempatan berusia 56 tahun di Seksyen 7, Petaling Jaya semalam untuk membantu siasatan,” katanya, lapor BH Online.

Mohamad Fakhruddin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyerang penjawat awam semasa menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan kurang sopan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R Yugarajan di talian 014-3049419.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here