Pemandu lori maut dihempap papan tanda jalan

0
184

SEORANG pemandu maut selepas lori dipandunya melanggar papan tanda yang kemudian menghempapnya dalam kejadian di Persiaran Paya Terubong 2 dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, S. Kumaravelan, 48, maut di tempat kejadian kerana tersepit di tempat pemandu selepas ditimpa papan tanda terbabit.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Khairul Anuar Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong terus ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu berkenaan dalam keadaan tersepit selepas dihempap papan tanda jalan yang terdapat di laluan itu dan difahamkan mangsa dipercayai telah melanggar palang papan tanda sebelum ia terjatuh.

“Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas rescue tool sebelum lelaki yang tersepit itu dikeluarkan pada 3.46 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here