Bayi perempuan ditemukan dalam beg

0
69

SEORANG bayi perempuan berusia dua bulan ditemukan ditinggalkan dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan di Bukit Jalil di Kuala Lumpur, pukul 10.49 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan telah terjumpa bayi berkenaan.

“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi yang dijumpai itu berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi perempuan tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here