Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seorang maut, 13 cedera, pikap jatuh gaung -

Seorang maut, 13 cedera, pikap jatuh gaung

SEORANG wanita maut manakala 13 lagi cedera selepas pikap yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam sembilan meter ketika menuruni jalan Borneo Heights Padawan, di sini, petang semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Yow Sze Ee, 22, adalah penumpang pikap terbabit.

Difahamkan sebelum nahas itu, 14 sekeluarga terbabit melakukan aktiviti beriadah di kawasan air terjun di atas kawasan pergunungan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.44 petang dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok ke lokasi kejadian.

“Anggota melakukan kerja-kerja menyelamat tujuh mangsa cedera yang masih belum diselamatkan di dalam gaung.

“Mangsa pertama berjaya dinaik dan diselamatkan pada jam 3.45 petang manakala mangsa terakhir berjaya dibawa naik pada jam 7.30 malam.

“Anggota menggunakan tiga pengusung serta tali bagi mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam gaung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BH Online melaporkan, kesemua mangsa yang diselamatkan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan rawatan seterusnya.

Menurutnya, tujuh lagi mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum anggota penyelamat tiba.

Katanya, operasi menyelamatkan semua mangsa selesai jam 7.39 malam.