Alahai kecilnya… netizen kecewa saiz ayam KFC ‘indah khabar dari rupa’

0
813

LAIN niat yang ingin disampaikan, lain pula reaksi netizen terhadap iklan yang dimuat naik di media sosial oleh salah satu syarikat restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC)

Seperti sedia maklum, restoran-restoran makanan segera seperti KFC akan mempromosikan produk mereka menerusi media sosial bagi menarik perhatian pengguna untuk membeli set makanan yang ditawarkan mereka.

Bagaimanapun, rata-rata yang dimuat naik oleh restoran makanan segera itu dihujani kecaman oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan saiz ayam yang didakwa terlalu kecil.

Malah, rata-rata netizen yang berang akan perkara itu bertindak memuat naik gambar ayam yang saiznya dibandingkan dengan objek kecil seperti pemetik api, peket sos cili, atau lebih kelakar, jari telunjuk mereka.

“Kenapa ayam kecil sangat? Bela ayam serama ke?” luah seorang pengguna Facebook, Ha Fizz di ruangan komen dengan menyertakan satu gambar yang memaparkan bahagian paha ayam di sebelah peket sos cili kecil.

“Ayam kecil gila, beli yang sembilan ketul semua mereka bagi saiz kecil. Memang tak berbaloi tak padan dengan harga langsung,” komen Nur Atiqah yang membandingkan saiz ayam dengan tapak tangannya.

Tidak kurang juga netizen yang menyifatkan iklan yang dimuat naik itu sebagai ‘indah khabar dari rupa’ apabila set makanan yang diberikan kepada mereka tidak seperti yang dipaparkan di dalam iklan mereka.

“Dalam iklan bukan main besar ayamnya, realitinya guna buruh puyuh kut,” ujar Mael Abe.

Tidak cukup dengan itu, warga maya turut membandingkan saiz ayam yang ditawarkan oleh KFC dengan ayam daripada restoran-restoran makanan segera lain yang dikatakan lebih baik.

“Kalau KFC terus begini, dengan persaingan yang ada pada ketika ini boleh ‘bungkus’ tak lama lagi,” ujar Noh Hasan Noh pada ruangan komen salah satu hantaran iklan di Facebook KFC.


Dalam pada itu, para penggemar ayam goreng daripada restoran itu mengakui ‘rindu’ akan KFC yang suatu ketika dahulu menawarkan makanan yang sedap dan bersaiz besar.

“KFC dulu tak sama dengan yang sekrang, dulu ayam semua besar dan sedap makan seketul pun tak cukup mesti nak dua ketul. Sekarang tak sedap, kecik alahai. Kentang putar pun rasanya dah tak sama.—SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here