[VIDEO] Ambulans langgar lampu isyarat, motosikal sehingga meletup

0
185

SEORANG lelaki berusia 60 tahun maut selepas ambulans dipandu laju melanggar lampu merah dan menyebabkan motosikal meletup di Mahasarakham, utara Thailand.

Kejadian berlaku di Persimpangan Chiang Yuen apabila ambulans dari Hospital Yang Talad merempuh penunggang motosikal itu pada pukul 6 pagi semalam.

Rakaman video dari kenderaan di belakang motosikal itu merakamkan mangsa, Boonyong Guykhumtod, menunggang ke hadapan sebelum ambulans melanggarnya menyebabkan kebakaran.

Sumber: Media sosial

Menurut laman berita Thaiger, mangsa cedera parah dalam kebakaran sebelum meninggal dunia di hospital.

Polis melaporkan bahawa ambulans sedang memindahkan seorang pesakit ke hospital lain di daerah Khon Kaen.

Dilaporkan terdapat tiga orang dalam ambulans iaitu pemandu berusia 44 tahun, Prawit, dan dua penumpang, termasuk seorang pesakit.

Semua individu dalam ambulans selamat, pesakit dihantar ke sebuah hospital di Khon Kaen dengan kenderaan pasukan penyelamat yang lain.

Menurut polis, penunggang motosikal itu baru sahaja membeli satu gelen petrol di stesen minyak berhampiran sebelum dilanggar, menjadi punca berlakunya kebakaran.

Di samping itu, pemandu akan disoal siasat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Di bawah Seksyen 291 Undang-undang jenayah, pemandu boleh didakwa kerana cuai dan perbuatan yang menyebabkan kematian.

Pemandu ambulans itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM2445 (20,000 baht) – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here