Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Usaha kesan mangsa kedua runtuhan kuari giat dijalankan - Polis -

Usaha kesan mangsa kedua runtuhan kuari giat dijalankan – Polis


USAHA sedang giat dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa kedua yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan berkata pasukan SAR kini berusaha mengeluarkan bangkai sebuah lagi jengkaut  yang masih tertimbus di bawah timbunan batu tersebut.

Beliau berkata pasukan SAR yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak menemui serpihan jentera jengkaut itu dipercayai dikendalikan oleh mangsa kedua pada 5 petang semalam.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman berkata bangkai sebuah jengkaut yang dipercayai tertimbus semasa kejadian tersebut ditemukan pada pukul 11.45 pagi manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.

Dalam kejadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari dipercayai tertimbus runtuhan batu, dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

— BERNAMA