Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa intip dan hendap, lelaki diharap tampil kongsi pengalaman - Mas Ermieyati -

Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa intip dan hendap, lelaki diharap tampil kongsi pengalaman – Mas Ermieyati

SESIAPA sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap sesiapa sahaja, terutamanya lelaki, tampil ke hadapan dan berkongsi dengan pihaknya apa jua yang dialami mereka.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga, kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU anti-stalking law itu di sini hari ini. – BERNAMA