Ahli perniagaan sah ikat Ainul Aishah sebagai isteri

0
46

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Ainul Aishah yang sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Khalid Redzuan dalam satu majlis diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aishah menerusi Instagram sebentar tadi momen majlis pernikahannya bersama suami buat tatapan peminat.

Menerusi satu entri, Ainul meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dipermudahkan dan berjalan lancar. Kata Ainul lagi, dia kini bergelar isteri kepada lelaki yang sangat penyayang.

Ainul turut meluahkan rasa bertuah apabila diraikan ahli keluarga serta kenalan rapat yang pasti menjadi kenangan terindah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, atas berkat doa semua..urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.

“I am so thankful for everything,i am finally a wife to the most loving man. I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day,” menerusi artikel Rotikaya.

Tidak lokek berkongsikan momen sepanjang perkahwinannya, Ainul dan suaminya dilihat cantik dan kacak mengenakan persalinan sedondon putih, memetik artikel Rotikaya. Terdahulu, Ainul dan Khalid mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu selepas 5 tahun menjalin hubungan cinta sejak April 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here