Terpaksa hentikan persembahan akibat diserbu peminat, penyanyi Andi Bernadee tetap tenang

0
369

PENYANYI  Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahan nyanyiannya selepas diserbu penonton ketika menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Negeri Sarawak, semalam.

Menerusi video berdurasi dua minit 31 saat yang tular di media sosial itu Andi didapati tidak dapat meneruskan persembahannya selepas penonton menaiki pentas beramai-ramai.

Namun apa yang lebih menarik, Andi dilihat tetap tenang dan berjaya mengawal keadaan dengan komunikasi yang baik kepada para peminatnya.

“Ok stop kejap. Sabar ya Allah saya pun rindu orang dengan orang Bintulu. Jangan naik. Kita ‘last’ jumpa 2019, ada tak orang di sini yang datang 2019.

“Depan ni ada api tau, sebab itu tak boleh rapat dekat situ, belakang lagi…bahaya,” katanya kepada penonton yang hadir.

Rata-rata netizen juga memuji Andi yang dilihat mampu mengawal keadaan dan tetap sopan serta profesional melayan peminatnya.

Seorang pengguna Facebook, Aya Nazri berkata,  “Ini baru professional…. Bagus adab andi  dengan peminat.. Tenang… Semoga maju jaya, murah rezeki Andi,” katanya.

 Sue Eina pula berkata “Tahniah Andi..bijak mengawal keadaan,” katanya.

Tyhah Fattyhah pula berkata dia berhenti sebab adik dekat bawah tu kena api mungkin percikan api dekat bawah. Bahaya.

“ Andi ada explain dekat TikTok,” katanya.

Tie Sofia pula berkata  “Pandai dia kawal emosi peminat.. communication dia bagus,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here