Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Logo PN: PAS nampak Muhyiddin berlapang dada -

Logo PN: PAS nampak Muhyiddin berlapang dada

ISU logo pilihan buat Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang maju setapak lagi apabila usul mengenainya diluluskan tanpa bahas dalam muktamar kali ini.

Mengesahkan hal itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata usul itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak.

Ditemui di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini, Tuan Ibrahim juga berkata PAS melihat ketika ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menunjukkan sikap positif kepada cadangan tersebut.

“Pada asasnya saya tengok pengerusi PN berlapang dada untuk dengar pandangan tersebut di mesyuarat dan ia akan putuskan bersama nanti,” katanya.

Menjelang pembubaran parlimen – yang belum diketahui tariknya – PAS menunjukkan kecenderungan mahu menggunakan logo mereka bagi mewakili PN dalam PRU Ke-15.

Malah ia juga dinyatakan secara terbuka oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang beranggapan logo PN kurang menarik orang ramai, termasuk ahli partinya.

Semalam Muhyiddin memberitahu, pemimpin tertinggi PN akan mengadakan mesyuarat minggu depan dan akan membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan memperincikan terlebih dulu cadadangan tersebut sebelum dibawa ke peringkat PN untuk dipertimbangkan.

Sementara itu Sanusi semasa menggulung perbahasannya memberitahu, dia sendiri memang mahu lambang ‘bulan’ PAS digunakan, namun keputusan muktamad perlu dibuat secara bersama.

Jika tidak, katanya, ia akan membawa perpecahan dan keadaan itu akan membawa kepada kerugian yang lebih besar.

“Saya harap parti kita buat keputusan paling menguntungkan PAS,” katanya lapor MalaysiaKini.

Apabila keputusan sudah dicapai, tambah menteri besar Kedah itu, ahli dan penyokong PAS perlu berlapang dada menerimanya.