Pasangan warga asing ditahan kerana mencabul dan mengugut

0
285

PASANGAN suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra Ampang, Kuala Lumpur selepas terbabit kes ugut dan mencabul kanak-kanak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bapa mangsa berusia 22 tahun dimaklumkan anak perempuannya berusia 12 tahun dicabul lelaki warga Myanmar dan beberapa kali diintai ketika mandi.

Menurutnya, mangsa menghuni rumah kedai secara sewa bilik manakala bilik mandi dikongsi.

“Isteri mangsa juga menerima ugutan daripada isteri suspek. Isteri suspek mengugut mahu membunuh mangsa kerana didakwa mengganggu suaminya.

“Mangsa dipercayai diganggu secara fizikal dan mental sejak sebulan lalu,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, susulan itu pada jam 12.30 tengah malam, polis membuat tangkapan lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun dan wanita Indonesia berumur 54 tahun.

“Reman dibenarkan selama empat hari mulai semalam sehingga 6 September ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here