Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengurus kilang rugi lebih RM30,000 diugut video bogelnya disebar -

Pengurus kilang rugi lebih RM30,000 diugut video bogelnya disebar

SEORANG pengurus kilang kerugian lebih RM30,000 selepas menerima ugutan penyebaran video bogelnya melalui aplikasi WhatsApp oleh kenalan wanita di Taman Langkap di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa, 55 tahun telah berkenalan dengan suspek wanita yang menggunakan nama panggilan “Lulu” pada 10 Ogos lepas. 

Menurutnya, suspek telah mengajak lelaki itu membuat panggilan video melalui WhatsApp dan menunjukkan tubuh bogel tanpa muka lalu mengajak mangsa melakukan perkara yang sama kira-kira pukul 1 pagi lima hari kemudian.  

“Suspek telah mengugut mangsa untuk memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Mangsa kemudiannya telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian mencecah sebanyak RM33,516 kerana bimbang dengan ugutan bersiri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Adnan, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Langkap kira-kira jam 6.54 petang semalam apabila menyedari dirinya tertipu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang mesej yang diterima dari mana-mana orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan mereka terpedaya dengan sindiket sebegini.  – BERNAMA