Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Kalau esok PM bubar Parlimen, kita sedia masuk gelanggang’ -

‘Kalau esok PM bubar Parlimen, kita sedia masuk gelanggang’

PERIKATAN Nasional (PN) kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka bila-bila.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah menjadi asas penubuhan sesebuah parti politik untuk menyertai pilihan raya dan membentuk kerajaan.

Bagaimanapun katanya, mengikut ‘perjanjian’ yang ditandatanganinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PN perlu dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya pemimpin nombor satu negara itu ingin menentukan tarikh pilihan raya.

Ini kerana katanya, sebagai sebuah parti yang menganggotai gabungan kerajaan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Bera itu, PN juga perlu perlu dilibatkan dalam rundingan penting tersebut.

“Kita tahu bahawa PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun hadapan, walaupun kita dengar ura-ura berkemungkinan ianya diadakan dalam masa terdekat. Semasa kita berhimpun di sini, pihak di sebelah sana (UMNO) juga berhimpun. Dengar katanya nak desak Perdana Menteri (Ismail Sabri) supaya bubar Parlimen lebih awal.

“Jadi kalau esok Perdana Menteri menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen, kita anak jantan sedia masuk gelanggang,” katanya ketika berucap dalam merasmikan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di sini pada Sabtu lapor Sinar Harian.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain.