Serangan Israel: 25 maut termasuk 6 kanak-kanak

0
248

ANGKA korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 25 pada hari ke dua dalam serangan yang didakwa menyasarkan pejuang yang berpangkalan di Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan antara yang maut dalam serangan tersebut termasuk enam kanak-kanak, menurut laporan Astro AWANI.

Operasi ketenteraan itu sekali gus menamatkan ketenteraman sejak setahun lalu di sempadan yang dikawal pejuang Hamas.

Pada Sabtu, sekurang-kurangnya 15 maut apabila serangan udara Israel membedil kawasan perumahan di Gaza.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan dua wanita antara yang terbunuh dalam serangan udara berkenaan.

Konflik kembali tercetus selepas tentera Israel dilaporkan membunuh seorang komander kanan jihad Islam.

Pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 300 roket merentasi sempadan, menyebabkan siren serangan udara dibunyikan dan penduduk di bandar Modiin, Israel, bersembunyi di dalam tempat perlindungan bom.

Kumpulan jihad Islam memaklumkan menyasarkan beberapa lokasi serangan, termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion.

Bagaimanapun menurut Israel, kebanyakan peluru berpandu berjaya dipintas dan tiada laporan mengenai korban yang serius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here