Pemotong rumput warga emas maut dirempuh kereta

0
411

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG warga emas maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika sedang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pekerja pembersihan di Jalan 4, Taman Selasih dekat Kulim, Kedah tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, mangsa, Abu Bakar Osman, 68, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.14 tengah hari.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memotong rumput manakala kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang warga emas berusia 77 tahun datang dari kawasan perniagaan di Lorong 8/3/ Taman Selasih.

Ketika kejadian, mangsa sedang memotong rumput manakala kereta jenis Proton Iswara dipandu warga emas datang lalu melanggarnya

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar mangsa yang berada di kiri jalan,” katanya.

Beliau menambah, pemandu kereta itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu jurucakap bomba memaklumkan, kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis sebaik dikeluarkan dari bawah kenderaan itu untuk tindakan lanjut,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here