Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas 75 tahun ditemui selepas 26 jam hilang di hutan -

Warga emas 75 tahun ditemui selepas 26 jam hilang di hutan

SEORANG wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Jambatan Sungai Pengerit Layar, Betong, Sarawak sejak tengah hari Selasa lalu ditemui selamat selepas 26 jam pencarian hari ini.

Mangsa, Singar Dunggou, 75, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 3.15 petang pada jarak kira-kira 300-meter dari pos kawalan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa ditemui anjing pengesan bernama Daisy dan pegawai bomba, Dominic Bahong, dalam keadaannya agak lemah dengan kesan calar pada kaki dan anggota badan akibat meredah hutan.

Menurut laporan BH Online, bomba bersama bantuan agensi berkaitan lain kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung khas, sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Pada tengah hari Selasa lalu, mangsa dikatakan keluar dari kediamannya di Rumah Panjang Melanjan untuk melawat cucunya yang sakit di Rumah Panjang Mara dengan menggunakan laluan hutan.

Bagaimanapun, mangsa tidak sampai ke kediaman cucunya itu walaupun hari beransur gelap, menyebabkan keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangannya.