Selesai majlis nikah, ibu terus meninggal dunia               

0
275

MOMEN sedih majlis pernikahan pasanga suami isteri di sebuah hospital yang tular di media sosial baru-baru ini mengundang pilu netizen.

Ini kerana majlis pernikahan itu dilaksanakan ketika ibu wanita itu  hampir meninggal dunia di bilik hospital. Usai nikah, ibunya dikhabarkan meninggal dunia.

Walipop melaporkan, pemilik akaun TikTok @nadiarenaraw kelihatan tertunduk pilu saat pernikahannya berlangsung.

Ia digelar pernikahan sebelum ibu meninggal dunia di bilik hospital.

 “Akad nikah sebelum mamah meninggal,” tulisnya.

Meskipun dalam kesedihan, majlis pernikahan berjalan lancar disaksikan keluarga terdekat. Dalam video itu, salah seorang ahli keluarga berada di samping ibu Nadia sedang duduk lemah.  Hati Nadia hancur ketika mengetahui selepas majlis pernikahan, ibunya meninggal dunia.

Perkongsian Nadia di laman sosial TikTok mendapat 10.9 juta tontonan setakat ini. Rata-rata netizen mendoakan ibu Nadia.

Wanita yang tinggal di Tasikmalaya, Jawa Barat ini menceritakan bahawa ibunya sedang menjalani rawatan.

Menurut Nadia Wulandari,  Mei lalu ibunya didiagnos kanser pankreas dan terus melakukan rawatan pembedahan serta kemetorapi di Rumah Sakit Hasan Sadikin Bandung.

Setiap hari Isnin, dia dari Tasikmalaya ke Bandung untuk kemoterapi ,” katanya lapor Walipop.

Pada hari ulang tahunnya yang ke-26, 3 Jun lalu, Nadia menerima lamaran dan pada saat itu ibunya kelihatan sangat bahagia.

“Ibu sangat bahagia hingga berterima kasih kerana memberi kebahagiaan kepada dia.Ibu juga mendoakan yang terbaik buat saya.

“Semalaman ibu tidak tidur hanya melihat gambar lamaran, cium dan berdoa untuk saya hingga pagi,” katanya yang mesra disapa Neng Wulan.

Namun pada 28 Jun lalu, ibu Nadia perlu dirawat di hospital kerana keadaanya yang semakin lemah dan perlu dirawat untuk pemindahan darah serta ubatan lain. Ketika ibunya dirawat, Nadia serta calon suami dan keluarga sudah membuat rancangan untuk bernikah pada 16 Julai. Pernikahan itu diharap dapat membuatkan ibunya kembali bersemangat dan sihat.

Ibunya kelihatan bersemangat dan berharap akan segera pulang kerana anaknya bakal bernikah.

“Ibu kata kepada doktor dan jururawat, saya akan bernikah dan semoga  dia boleh segera pulang untuk menghadiri upacara mandian, khatam al-Quran dan pernikahan,” katanya.

Wanita yang bekerja mengendalikan projek kereta cepat Jakarta -Bandung ini berkata, pada 9 Julai lepas, keadaan ibunya semakin lemah. Ibunya terus meminta izin dari doktor dan jururawat untuk menghadiri majlis penikahan dirinya.

Keadaan itu membuatkan Nadia, bakal suami dan keluarga memutuskan untuk mempercepatkan pernikahan.

“Atas saranan daripada keluarga dan pihak atasan di tempat kerja, tarih 10 Julai dipilih untuk bernikah di hospital. Tujuannya supaya mama tenang dan bahagia serta semakin bersemangat untuk menghadiri upacara resepsi,” katanya.

Selepas akad nikah, Nadia melihat keadaan ibunya semakin baik dan pulih. Ibunya bahkan mahu mandi dan makan (walau sedikit) serta memakai minyak wangi.

“Mama tidur nyenyak. Hari Isnin dan Selasa saya dan suami balik semula ke Tasikmalaya untuk membuat persiapan. Hari Selasa mama video call dan sembang bersama jururawat serta doktor. Mama kata mahu pulang segera menghadiri upacara mandian dan khatam al-Quran,” katanya.

Namun pada 12 Julai, Nadia mendapat perkhabaran keadaan ibunya semakin lemah. Pada keesokan harinya, dia bersama ibu saudara berangkat ke Bandung untuk menjemput ibunya tetapi dalam perjalanan dia mendapat panggilan ibuny telah meninggal dunia.

“Kami tetap melaksanakan upacara mandian, khatam al-Quran dan resepsi mengikut amanah beliau kerana semua sudah disediakan oleh mama secara teliti. Saya dan suami hanya ikut kehendak mama,” katanya sedih.

Menurutnya, dia menjalankan amanat ibunya, Euis Puspitaningrum melaksanakan acara mandian dan khatam al-quran seperti yang dirancang.

Sehari seleps ibunya meninggal, dia melakukan upacara pernikahan dalam kesedihan pada 16 Julai lalu.

“Mohon doa untuk mama, Euis Puspitaningrum. Al-Fatihah,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here