Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seorang maut dihempap besi, kemalangan babit 29 kenderaan -

Seorang maut dihempap besi, kemalangan babit 29 kenderaan

SEORANG wanita maut, empat cedera termasuk seorang bayi parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 29 kenderaan di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Difahamkan, dalam kejadian itu sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh, ketika dihubungi memaklumkan 13 anggota dan pegawai selain dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja-kerja operasi menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba di lokasi terbabit,” katanya,lapor BH Online.