MENUMBUK dan memukul ayah kandungnya sendiri dalam pertengkaran, seorang lelaki ditahan polis di Kampung Indah Permai, Tasek Permai Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika suspek yang berusia 33 tahun berada di rumah bersama ayahnya.
“Berlaku pertengkaran antara suspek dan ayahnya yang berumur 63 tahun.
“Suspek bertindak menumbuk kepala mangsa berulang kali menggunakan tangan serta mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya menghubungi polis.
“Punca kejadian disebabkan mangsa tidak mempercayai kata-kata suspek selepas mengesyaki suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu, lapor Astro AWANI
Mengulas lanjut, suspek mempunyai tiga rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapatamine.
“Suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” kata Mohamad Farouk.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.