Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pujukan bomba selamatkan wanita daripada terjun jambatan -

Pujukan bomba selamatkan wanita daripada terjun jambatan

CUBAAN seorang wanita yang mengalami kemurungan untuk terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah pada Isnin berjaya digagalkan hasil usaha pujukan anggota bomba.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, wanita berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja.

Beliau berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.36 petang.

“Anggota BBP Jalan Raja yang tiba di lokasi mendapati wanita itu dilihat sedang berdiri di atas jambatan (bersebelahan tiang) dan dipercayai untuk terjun.

“Bagaimanapun, tindakan anggota kami menggunakan kaedah memujuk berjaya menyelamatkan mangsa dari bertindak di luar kawalan,” katanya, memetik laporan BH Online.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.