Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Empat beranak cedera, alat memasak ‘steamboat’ meletup -

Empat beranak cedera, alat memasak ‘steamboat’ meletup

MAKAN malam empat beranak, termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih yang digunakan untuk memasak ‘steamboat’ meletup dalam satu kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah pada malam Ahad.

Robert Antoni, 28 bersama isteri, Wujon Maria Mae dan dua anak mereka cedera dalam kejadian kira-kira jam 9 malam akibat terkena air panas dan letupan daripada alat memasak itu, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dihantar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.

“Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.

“Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.

“Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.