Pecah amanah duit persatuan, bekas presiden dan bendahari ditahan

0
292

POLIS menahan bekas presiden dan bendahari semalam kerana disyaki terbabit dengan kes pecah amanah sebuah persatuan cawangan Ampang Jaya di sini melibatkan baucar bayaran dengan nilai kerugian RM65,000 milik persatuan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata suspek warga emas yang masing-masing berusia 64 dan 73  tahun itu, ditahan di Petaling Jaya dan Shah Alam susulan aduan yang dibuat oleh wakil ahli persatuan.

Beliau berkata hasil semakan terhadap penyata bank dan baucar bayaran mendapati terdapat wang persatuan telah dipindahkan ke akaun peribadi bekas presiden persatuan.

“Baucar bayaran telah dikeluarkan sebanyak empat kali dengan anggaran jumlah keseluruhan RM65,000  dan terdapat empat cek bank digunakan bagi pengeluaran ini dibuat tanpa kelulusan ahli mesyuarat agung jawatankuasa persatuan.

“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keterangan berkaitan kes akan diambil bagi membantu pihak polis.

“Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang boleh membawa hukuman penjara, sebat dan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here