Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki maut, MPV terbabas hempap bumbung rumah -

Lelaki maut, MPV terbabas hempap bumbung rumah

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi tadi itu membabitkan mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Katanya, semua mangsa dalam kemalangan membabitkan MPV Toyota Innova, Perodua Kancil dan motosikal itu terdiri empat orang dengan tiga daripadanya cedera ringan.

“Pemandu Toyota Innova yang masih berada di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Anggota pasukan BBP Serian kemudian membantu mengangkat dan mengalihkan mangsa dari dalam kenderaan seterusnya menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bilong berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Serian sebelum dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.