[VIDEO] Search ‘Rockin On Rooftop’, ‘comeback’ dimahukan peminat

0
1379

KONSERT Search (Kiddin) untuk tahun ini yang disifatkan lebih marhaen tampil dengan ‘setlist’ bukan kebiasaan.

Memulakan persembahan dengan Bencana yang diambil dari album Fenomena, sentuhan Kid dan Din pada persembahan ‘live’ kali ini ternyata antara teras utama konsert ‘Rockin On Rooftop’.

Inilah yang dikatakan ‘sound’ asli Search yang sarat dengan elemen Rock and Roll’.

Persembahan yang diteruskan dengan Metropolitan, Pasti, Purnama, Rock and Roll Pie dan pelbagai lagi itu seolah berubah ‘feel’nya apabila ‘intro’ Fantasia Bulan Madu mula kedengaran dan disusuli dengan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Di sini juga vokal Denden Gonjalez benar-benar diuji tanpa kekerapan mic dihala ke arah peminat.

Namun, biarpun berlangsung selama 2 jam, dengan 16 lagu dinyanyikan, ternyata Denden tidak gagal menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Berbekalkan pengalaman di Bulgaria, penguasaan pentas oleh Denden tidak menghampakan peminat.

Konsert turut dihangatkan dengan kehadiran Ella yang menyanyikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan.

Aksi Yan selaku pemain bass juga tidak kurang hebatnya. Berlari ke setiap penjuru pentas persis Steve Harris (Iron Maiden), ditambah pula dengan ‘stroke’ mantap Minn (Thy Regiment, Naratu), ramai mengatakan inilah sebenarnya aura Search sebenar.

Tirai persembahan yang ditutup dengan Neo Romantik dari album Rampage sememangnya persembahan penutup terbaik daripada ‘line-up’ ini.

Akhir sekali, apa yang boleh dikatakan, ‘Rockin On Rooftop’ sememangnya antara konsert terbaik tahun ini.

Sambil bertemankan bulan dan bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur, inilah juga ‘comeback’ yang dimahukan peminat.

Ini legasi Search!

Kredit: FB Eekbal Asraff Eusoff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here