Zuraida sedia lepas jawatan Menteri

0
511

DATUK Zuraida Kamaruddin bersedia melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau beliau minta saya lepaskan, saya lepaskanlah,” katanya ketika menjawab soalan berikutan keputusan beliau meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pembiayaan Global untuk Inovasi Getah oleh Majlis Getah Malaysia di sini hari ini.
Zuraida juga memaklumkan beliau kini dalam keadaan siap sedia kerana belum menerima jemputan untuk bertemu Perdana Menteri.

“Beliau kata mahu jumpa saya minggu depan iaitu pada minggu ini, boleh jadi keseluruhan minggu ini tetapi saya dalam keadaan siap sedia,” katanya semasa ditanya sama ada beliau akan bertemu Ismail Sabri hari ini.–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here