Tipu bayaran projek RM7.3 juta, pengarah syarikat didakwa

0
394

SEORANG pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembuatan besi dan keluli membabitkan bayaran RM7.3 juta, tiga tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan tertuduh, Teh Teng Cheng, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain, pada Isnin.

Teh didakwa menipu dan memperdayakan Alliance Steel (M) Sdn Bhd dengan mengemukakan manual perubahan akaun penerimaan pembayaran projek dan mendorong syarikat berkenaan untuk melakukan bayaran RM7.3 juta ke dalam akaun syarikat Sureland Industrial Fire Safety (M) Sdn Bd milik tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Alliance Steel di kawasan Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Jalan Gebeng By Pass, Kuantan pada 28 Jun 2019.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin menawarkan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin.

Katanya, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah dan tidak keterlaluan berdasarkan pertuduhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here