Bot tunda bawa 3 kru hilang

0
409

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot tunda yang hilang di kawasan 35 batu nautika barat laut, Pulau Mantanani, Kota Kinabalu pada Ahad lalu.

Bot tunda Megah Jaya 2 yang disyaki karam itu difahamkan membawa tiga kru warga tempatan, iaitu Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan Yee Lih Min, 22, seperti yang dilaporkan BH Online.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah, laporan kehilangan bot berkenaan dibuat pemilik kapal sejurus menyedari akan kehilangannya pada jam 9.30 pagi.

Operasi CARILAMAT terus diaktifkan dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi untuk melakukan pemantauan dan pencarian
awal.

“Kawasan pencarian bot tunda Megah Jaya 2 ini terbahagi kepada tiga sektor dengan keluasan keseluruhan 176 batu nautika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pencarian itu turut membabitkan agensi berkaitan, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Orang ramai yang mempunyai petunjuk berkaitan kes ini diminta menyalurkannya terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here