BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad sah menyertai Parti Amanah Negara, Selasa lepas.
Perkara itu dikongsikan beliau menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook peribadinya pada Rabu selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
“Inilah wadah baharu perjalanan politik saya. Sedikit sebanyak, pengalaman lalu baik suka mahupun duka akan dibawa bersama buat merencana suatu harapan yang lebih baik dan moga membawa manfaat kepada Malaysia tercinta.
“Kepada keluarga besar Amanah, saya sedar saya ini budak baharu belajar, banyak kekurangannya. Mohon tunjuk ajar dan kerjasama,” menurut catatan itu.
Keputusan itu juga telah menyaksikan Noor Effandi dipecat daripada keahliannya daripada parti Bersatu.
Pada masa yang sama, Adly, yang juga merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sempat mengucapkan selamat datang kepada Noor Effandi, Afiq Nordin dan rakan-rakannya dalam keluarga Amanah.
Noor EFfendi, yang juga merupakan bekas EXCO di Jabatan Ketua Menteri itu sebelum ini bersama ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Nurhizam Hassan Baktee telah menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali
Tindakan mereka itu telah menyebabkan kerajaan negeri Melaka tumbang dan pilihan negeri diadakan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.