Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jika di luar negara, Yasin akan dirai, kata Syed Saddiq -

Jika di luar negara, Yasin akan dirai, kata Syed Saddiq

SEKIRANYA kes penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dibicarakan di 40 buah negara yang membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan, penyanyi dan komposer itu yang lebih dikenali sebagai Yasin akan diraikan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengutarakan pandangan itu berkata, “dia akan dirai dan berbeza dengan negara ini kerana dia berdepan pertuduhan jenayah.”

Syed Saddiq yang juga Pengerusi Kaukus Medical Cannabis berkata, mengambil isu sama di luar negara, Yasin tidak akan berada di lokap dan tunggu untuk dibicarakan selama berbulan-bulan, tetapi akan dibantu kerana perbuatannya dilihat sebagai penyakit.

“Undang-undang sudah lapuk, ketinggalan zaman, 70 tahun tidak diperbaharui, selaku penggubal undang-undang, saya bertanggungjawab untuk memastikan peraturan negara mengikut perkembangan arus semasa.

“Malangnya dalam bab ini, undang-undang berkaitan kanabis tidak diperbaharui,” katanya ditemui pemberita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Muar itu hadir prosiding kes tersebut yang membabitkan Yasin kerana berdepan pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar dadah jenis sama.

Syed Saddiq turut menggesa kerajaan supaya mengiktiraf bahawa terdapat ramai pesakit di negara ini memerlukan kanabis untuk perubatan.

Menurut beliau, ia bukan sahaja melibatkan penyanyi berkenaan tetapi ramai lagi yang melalui perkara sama serta tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau menegaskan bahawa golongan itu bukan termasuk dalam kumpulan yang mengedar kanabis untuk keuntungan.

Maka, katanya, sudah tiba masa, Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia supaya mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.