Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini berdepan lima pertuduhan -

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini berdepan lima pertuduhan

PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada petang Selasa.

Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kertas siasatan kes itu telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh di mahkamah, lapor Astro AWANI.

“Pemandu tersebut akan dibawa ke mahkamah petang ini (Selasa) untuk menghadapi lima pertuduhan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Polis sebelum ini telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman pemandu berkenaan selama tujuh hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan kes.