Ellie Suriaty, Azri sah bercerai

0
790

HAMPIR dua dekad hidup bersama, pelakon Ellie Suriaty Omar akhirnya berpisah dengan suaminya, pelakon Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Meskipun tidak kedengaran apa sebenarnya yang terjadi kepada rumah tangga mereka, tiada persefahaman dan keserasian menjadi sebab utama penceraian mereka.

Terdahulu, Ellie memfailkan penceraian tersebut pada bulan Ramadan yang lalu.

Menganggap ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk dibuat, pelakon ini bagaimanapun sudah nekad dengan keputusan untuk berpisah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri,” katanya.

Sepanjang 19 tahun bersama pasangan dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here