PAS tetap istiqamah bersama PN – Muhyiddin

0
350

TAN SRI Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa PAS tetap istiqamah bersama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN itu berkata, pendirian itu ditegaskan oleh PAS dalam pertemuannya dengan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Tapi apa PAS nak buat kita nak buat ada usaha tertentu tak apa, akhirnya kita akan duduk semeja bincang apa yang terbaik untuk PN.

“Dan yang lebih penting apa yang terbaik untuk negara, itu yang saya fikir perlu kita berikan perhatian,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi MPN diminta mengulas tentang laporan media semalam di mana Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, partinya akan terus mempertahankan hubungan bersama UMNO kerana agenda penyatuan ummah yang menjadi tunjang utama Muafakat Nasional (MN) adalah lebih besar berbanding kelangsungan mana-mana parti politik tertentu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu menambah, pada dasarnya, PN tidak menghalang mana-mana parti termasuk PAS yang dalam gabungan politik tersebut untuk mengambil sebarang langkah asalkan ia berpegang pada prinsip penyatuan ummah.

“Kalau ikut sejarah, kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak, tak diterima walaupun dah dijawab secara rasmi.

“Jadi ini usaha yang PAS nak ambil secara usaha mereka tetapi sama ada usaha itu akan berhasil wallahualam.

“Saya tak dapat pastikan kerana daripada kenyataan pihak UMNO termasuk Presiden yang terkini pun bahawa sudah sampai masa tiada lagi MN,” jelasnya.

Beliau berkata, pihak di luar MN termasuk parti yang sebahagian daripada PN tidak tahu apa strategi sebenar iaitu sama ada MN akan diteruskan atau sebaliknya.

“Tetapi tak apa kita tidak menghalang, kita menghormati.

“Akan sampai tahap nanti kita dapat keputusan yang muktamad jadi atau tak jadi dan sebagainya.

“Tetapi di sudut PN kita masih dalam PN,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here