Tunku Ismail, Khaleeda santuni Bella

0
489

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni gadis orang kurang upaya (OKU), Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera, pada Ahad.

Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya ketika bertemu gadis itu di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).

Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi, lapor Harian Metro.

Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.

“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.

Pasangan berkenaan turut mencemari duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here