Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Reman pemandu bas ekspres cabul penumpang disambung -

Reman pemandu bas ekspres cabul penumpang disambung

REMAN pemandu bas ekspres yang dikatakan mencabul seorang penumpang wanita dalam bas di Ajil, Hulu Terengganu pada Ahad lalu disambung satu hari lagi hingga esok.

Menurut laporan BH Online, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis untuk sambung reman suspek berusia 27 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari bermula 9 Mei lalu namun polis memohon lanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan selepas tempoh reman berakhir hari ini.

Suspek yang juga pemandu kedua bas berkenaan sebelum ini ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral jam 10.30 pagi Ahad lalu.

Penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa yang berusia 21 tahun itu yang mendakwa diraba suspek ketika bas berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 4 pagi.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah lanjutan reman.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres disyaki mencabul seorang penumpang wanita dalam bas berkenaan di Ajil, Hulu Terengganu.